Sunday 30 October 2011

Adat Permainan..


Terengganu, jangan lunturkan semangat dengan kekalahan malam tadi...
InsyaAllah, akan datang mungkin rezeki kita...
Cuba lagi...
JUARA PIALA FA & NAIB JUARA MALAYSIA
harus dirai dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi..


.......................

 Aku tak pergi pun stadium Shah Alam tuk tengok bola...
coz aku rasa kalau pompuan g stadium, kurang best sikit la...
bagi aku la...
Pape pun,
Terengganu tetap dihati..
(n_n)
afifah hanim

Friday 28 October 2011

Piala Malaysia 2011...


Sabtu
29/10/11
8.45pm
Stadium Shah Alam
Terengganu vS Negeri Sembilan


Aku anak jati Terengganu, memang la aku sokong negeri aku
normal la tu lau sokong negeri sendiri...
ade yang bantah ke???
ok, tak payah gado-gado sal ni...
tu hak masing-masing...

Beberapa minit yang lepas, tengah-tengah layan FB..
ade lar kawan aku post satu gambar..
Gambar banner 
t aku tunjuk ea...
jap..
nak upload jap..
:
:
:
:
:
:


Ganas + Dasyat kan ayat dier...
kita ni duk satu negara la..
nak maen kafan + kebumi plak
macam-macam la..
permainan, wat la cam permainan...
suke-suke je kang..
haish..

***Good Luck Terengganu (n_~)
afifah hanim

Monday 17 October 2011

Air Mata Seorang Wanita...



Wahai Tuhanku..
Mengapa wanita sering menangis???

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau dia disakiti oleh "orang" yang dia sayangi...
Wanita makhluk kuat.

Tetapi jika satu saat dia menangis,
itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA itu ISTIMEWA"
(n_n)
afifah hanim

Wednesday 5 October 2011

Janji Harus DiTepati...



Kadang-kadang kita terlalu senang mengucapkan kata janji...
Kadang-kadang kita terlupa akan janji kita...
Sama-sama kita baiki kelemahan diri kita dalam hal ini...
InsyaAllah

" Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah dan
tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji."
(HR Ahmad dan Al-Bazzaar)
afifah hanim

Tuesday 4 October 2011

Sepanjang hidup...


Aku sangat-sangat suka dengar lagu-lagu Maher Zain...
nak-nak bila aku memula "blog walking" blog kawan aku..
tima tu lagu blog dia "BARAKALLAH"
Alhamdulillah, tenang je jiwa dengar lagu tu...

Mase konvokesyen ke-47 hari tu, hari last...
aku ke tapak konvo..
ade persembahan la kan..
ade satu part tu, aku dengar lagu maher zain..
penyanyi nya comel-comel..
suara pun sedap..
"The Rest of My Life"

Semalam aku pasang radio Ria..
nak dengar MJ12..
dj KC pasang lagu Sepanjang Hidup...
layan je kan..
aku nak share kat sini liriknya..


 Sepanjang Hidup

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya
Aku milikmu
Yakini hatiku


Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkati kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus

 Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi



*Repeat Chorus
(n_n)
afifah hanim

Monday 3 October 2011

Surat Cinta dari Penyelia PSM aku....



Melampau kan title aku ni kan..
hahahaha
kalau bini dia tahu, abes aku...
takder arr, saje jer la title tu..

Beberapa hari yang lepas
aku pegi "melawat" supervsr aku
penyelia projek sarjana muda aku..
dia tahu aku sambung master...
then, apa yg aku dapat hari tu adalah
"sepucuk surat"

Lepas borak-borak dengan beliau, aku pun mintak izin nak blah ar kan..
tak nak la ganggu beliau lama-lama..
beliau pun ada banyak kerja nak buat..
kluar je bilik penyelia aku, aku pun baca la surat tu..
sangat terharu dengan kata-kata tu..
" TERIMA KASIH DR. "

(n_n)
afifah hanim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...