Thursday 15 December 2011

hEpi bUfDaY ...


"Selamat Hari Lahir ke - 22 "

Wah, tahun depan dah umo 23 tahun..
da besar dah aku upenye.. huhu

02/12/11
 kul 12 tengah malam..
tengah - tengah wat keje atas katil..
ijah (my classmate) ketuk pintu suh keluar...
then kluar kawan - kawan yang laen dari tepi...
nyanyi selamat hari jadi pelan - pelan 
coz takut mengganggu jiran satu aras..
terima kasih kawan - kawan yang sudi meraikan hari kelahiran saya..
kul 10 pagi p celebrate bufday kat JONNY
malam, aku dan kawan2 pegi area Taman U
untuk enjoy...
 balik kul 11 lebih malam...
sangat gembira
(n_n)

|F|A|C|E|B|O|O|K|
aku hidden bufday aku kt kawan2 facebook..
saje je..
ade kawan2 yang wish...
dan yang text message kat aku.. 
tanda diorang ingat kat aku la kan..
tQ ~

" awak umo 19 tahun ea"
aku : tak lah.. sy umo dah 22 tahun
"tak nampak tua"
aku : ~ senyum.. 
**dalam hati (mmg la..baru umo 22 kot..haissh)

Walaupun tahun ni tak diraikan bersama keluarga aku..
** kecuali my twin..
aku tetap bersyukur..
thanks ye kawan - kawan dan my family..
(n_n)
  afifah hanim

Thursday 10 November 2011

Ayat Pembatal Sihir...


Niatkan ayat yang kita baca dan sedekahkan kepada badan kita.
Jadikan ia sebagai pendinding dan pantulan.
Mudah-mudahan sihir yang datang kepada kita tidak berjaya
dan akan terpantul semula kepada si penghantar..
Amin..

 ** sumber: dari kawan yang share dekat facebook **
(n_n)
afifah hanim

Wednesday 2 November 2011

Cuti Raya Haji 2011...


Tak lama lagi kita akan menyambut
Hari Raya AidilAdha..
Of course la aku nak balik kampung aku...
So, sebulan yang lepas aku dah beli tiket untuk balik kampung..
balik dengan bas UTM...
Mula-mula amek yang 04/11/2011
bila dah dapat tiket, tahu la yang 31/10/2011 dah bleh balik 
coz banyak kelas dah cancel
then, aku contact balik agen yang handle tiket tu...
nasib baek ade dia..thanks yer awak.. hEe~
Semoga selamat sampai di kampung tercinta
(n_n)
afifah hanim

Sunday 30 October 2011

Adat Permainan..


Terengganu, jangan lunturkan semangat dengan kekalahan malam tadi...
InsyaAllah, akan datang mungkin rezeki kita...
Cuba lagi...
JUARA PIALA FA & NAIB JUARA MALAYSIA
harus dirai dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi..


.......................

 Aku tak pergi pun stadium Shah Alam tuk tengok bola...
coz aku rasa kalau pompuan g stadium, kurang best sikit la...
bagi aku la...
Pape pun,
Terengganu tetap dihati..
(n_n)
afifah hanim

Friday 28 October 2011

Piala Malaysia 2011...


Sabtu
29/10/11
8.45pm
Stadium Shah Alam
Terengganu vS Negeri Sembilan


Aku anak jati Terengganu, memang la aku sokong negeri aku
normal la tu lau sokong negeri sendiri...
ade yang bantah ke???
ok, tak payah gado-gado sal ni...
tu hak masing-masing...

Beberapa minit yang lepas, tengah-tengah layan FB..
ade lar kawan aku post satu gambar..
Gambar banner 
t aku tunjuk ea...
jap..
nak upload jap..
:
:
:
:
:
:


Ganas + Dasyat kan ayat dier...
kita ni duk satu negara la..
nak maen kafan + kebumi plak
macam-macam la..
permainan, wat la cam permainan...
suke-suke je kang..
haish..

***Good Luck Terengganu (n_~)
afifah hanim

Monday 17 October 2011

Air Mata Seorang Wanita...



Wahai Tuhanku..
Mengapa wanita sering menangis???

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau dia disakiti oleh "orang" yang dia sayangi...
Wanita makhluk kuat.

Tetapi jika satu saat dia menangis,
itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA itu ISTIMEWA"
(n_n)
afifah hanim

Wednesday 5 October 2011

Janji Harus DiTepati...



Kadang-kadang kita terlalu senang mengucapkan kata janji...
Kadang-kadang kita terlupa akan janji kita...
Sama-sama kita baiki kelemahan diri kita dalam hal ini...
InsyaAllah

" Tidak ada iman bagi orang yang tidak memiliki amanah dan
tidak ada agama bagi orang yang tidak memegang janji."
(HR Ahmad dan Al-Bazzaar)
afifah hanim

Tuesday 4 October 2011

Sepanjang hidup...


Aku sangat-sangat suka dengar lagu-lagu Maher Zain...
nak-nak bila aku memula "blog walking" blog kawan aku..
tima tu lagu blog dia "BARAKALLAH"
Alhamdulillah, tenang je jiwa dengar lagu tu...

Mase konvokesyen ke-47 hari tu, hari last...
aku ke tapak konvo..
ade persembahan la kan..
ade satu part tu, aku dengar lagu maher zain..
penyanyi nya comel-comel..
suara pun sedap..
"The Rest of My Life"

Semalam aku pasang radio Ria..
nak dengar MJ12..
dj KC pasang lagu Sepanjang Hidup...
layan je kan..
aku nak share kat sini liriknya..


 Sepanjang Hidup

Aku bersyukur kau di sini, kasih
Di kalbuku, mengiringi
Dan padamu
Ingin kusampaikan
Kau cahaya hati
Dulu kupalingkan diri dari cinta
Hingga kau hadir ubah segalanya
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

Chorus:
Sepanjang hidup
Bersamamu
Kesetiaanku tulus untukmu
Hingga akhir waktu
Kaulah cintaku, cintaku

Sepanjang hidup
Seiring waktu
Aku bersyukur atas hadirmu
Kini dan selamanya
Aku milikmu
Yakini hatiku


Kau anugerah sang Maha Rahim
Semoga Allah berkati kita
Kekasih, penguat jiwa
Kuberdoa, kau dan aku di Jannah
Kutemukan kekuatanku di sisimu
Kau hadir sempurnakan seluruh hidupku
Oooo
Inilah janjiku kepadamu

*Repeat Chorus

 Bersamamu, kusadari inilah cinta
Tiada ragu,
Dengarkanlah kidung cintaku yang abadi



*Repeat Chorus
(n_n)
afifah hanim

Monday 3 October 2011

Surat Cinta dari Penyelia PSM aku....



Melampau kan title aku ni kan..
hahahaha
kalau bini dia tahu, abes aku...
takder arr, saje jer la title tu..

Beberapa hari yang lepas
aku pegi "melawat" supervsr aku
penyelia projek sarjana muda aku..
dia tahu aku sambung master...
then, apa yg aku dapat hari tu adalah
"sepucuk surat"

Lepas borak-borak dengan beliau, aku pun mintak izin nak blah ar kan..
tak nak la ganggu beliau lama-lama..
beliau pun ada banyak kerja nak buat..
kluar je bilik penyelia aku, aku pun baca la surat tu..
sangat terharu dengan kata-kata tu..
" TERIMA KASIH DR. "

(n_n)
afifah hanim

Wednesday 28 September 2011

My BiG DaY...


26/09/11
tarikh yang aku tunggu-tunggu selama ni..
antaranya la..hehe

KoNvOkEsYeN kE-47

Alhamdulillah,
aku telah berjaya memegang ijazah kemenangan aku...
kejayaan ini khasnya untuk parents aku..

"TERIMA KASIH TAN SRI"
(ayat mase amek ijazah)
(n_n)


Agak sedih coz dua orang dari family aku tak dapat datang
tapi tak apa la...
nanti aku grad untuk Master, semua kena ada taw...haha
InsyaAllah

Thanks dekat family aku yang dapat datang untuk meraikan kejayaan aku dan kembar aku..
tak lupa juga kepada kawan-kawan yang hadir pada hari tu..
dan hadiah-hadiah yang korang bagi,
Bear, Ferrero Rocher, Bunga, Coklat 
terharu sangat 
 terima kasih sangat-sangat...

This is unforgettable moment in my life..
Thanks God
(n_n)
afifah hanim

Saturday 24 September 2011

Teka-teki pagi-pagi buta...


Sekarang dah nak pukul 3 pagi...
asal la mata ni segar lagi...
23/09/2011 (kelmarin) , 
dari kul 7 lebih pagi kluar coz ade hal yang kene settle kan...
balik bilik sekejap, then kluar lagi...
banyak nye keje kene settle... hUu~

Nak-nak pukul 12 tengah malam, aku sampai bilik...
roommate aku tak de coz dia ke KL..
ok, aku tido sorang-sorang malam ni...
12 tengah malam baru leh bermanja ngn katil...
tapi tak ley nak tido la plak..haishhh...
ingat nak tengok note sikit...
tapi sebelum tu, online la dulu... hEe~

Tengah-tengah menyibukkan diri ber"online",
aku jumpa satu teka-teki yang agak lawak la bagi aku...
so, aku nak share kat sini...


=> Dalam satu aquarium, ada 10 ekor ikan. 
Seekor ikan mati. Isipadu air bertambah atau berkurang?
(macam ade kaitan dengan math kan.. hehe)
ok, sila jawab...
:
:
:
:
:
Jawapan nye :
" koho banyok.. saeng-saeng ye pakat nanges sebab ye mati "
(n_n)
afifah hanim

Sunday 18 September 2011

Jubah konvo punyer pasal...



Hari ni turn untuk bakal graduan dari Fakulti Sains 
yang akan konvo minggu depan amek jubah konvo...
aku salah seorang yang kena amek jubah konvo hari ni.. 

Dua tiga hari sebelum tu, dengar ler citer-citer sal time nak amek jubah ni...
nak tahu???
meh nak bagitahu salah satu citer...
citer ni sal tahun lepas kot..
lebih kurang la..hEe ~
Masa untuk amek jubah kul 9 pagi...
kul 7 pagi dah ramai yang beratur...
dah sampai ke tempat parking taw...
ada yang datang kul 6 pagi lagi...
huh ~
dasyat . . .
ni yang aku dengar la...
betul ke tak? aku yakin betul..haha

So, aku n da geng dah plan awal-awal...
pas subuh terus turun coz kami terpaksa berjalan ke sana...
bas mane ade pepagi ni.. haishh
scooter aku plak ade kat bengkel lagi.. 
coz nak tukar apa yang patut ditukar before bawak mai sini...
berbalik citer tadi, kami turun kul 6.15 pagi..
ok la tu.. 

6.40 pagi sampai di tempat untuk amek jubah...
time tu dah ada orang beratur..
pelajar berbangsa cina...
aku tak tahu dorang sampai pkul berapa lagi..
dalam 7 orang jugak la..
lantak la...
at least aku dah sampai sana..
Then, tunggu la sampai pkul 9 pagi...
hmm..jubah konvo punya pasal kan..
bukan pe...saiz S tak banyak sangat..
aku tak nak saiz M..haha
pape je la...


sume dah settle, g mam kat arked meranti...
layan roti canai telur...
(n_n)
afifah hanim

Wednesday 14 September 2011

Minggu "Busy"...


Blog aku ni terabai buat seketika disebabkan kesibukan yang teramat sangat...
sibuk ke?.. 
hmm, sibuk la jgk..

06/09/2011
Sampai je UTM, Skudai terus bersiap nak pegi sesi pendaftaran pelajar baru..
ok, i pelajar baru ea.. haha
Sesi pendaftaran ditangguh kan keesokkan hari nyer..
coz ramai sangat student yang mendaftar hari tu..
So, p settle transcript..
=> CimB
=> Pejabat Pendaftaran
=> Pejabat Bendahari
=> Pejabat Pendaftaran ( lagi sekali )

07/09/2011
Lepas breakfast, terus p sesi pendaftaran yang tertangguh semalam...
ok, settle ~

08/09/2011 
kne p DSI
( Dewan Sultan Iskandar)
" Briefing for New Postgraduate Students 
for Semester 1 2011/2012 Intake by UTM Vice Chancelor "

Malam punyer citer plak, 
aku, ana, tirah, siti nor athirah, ijah, siti musliha, nad, ikka
buat persiapan nak celebrate bufday raje (09/09/2011) =)

09/09/2011
ke Dewan Kuliah 1, ( C17 111)
Fakulti Sains
" Briefing on Faculty Regulations/Subject "

10/09/2011
ke Angsana..
| S | H | O | P | P | I | N | G |   | T | I | M | E | 

11/09/2011
Daftar bilik KTR, K16 ***
coz sebelum ni aku tumpang bilik kembar aku...
save duet.. =)
Kemas bilik, lap katil, meja, kerusi, almari, tingkap & lantai..
D O N E

12/ 09/2011
Start la p kuliah...
daftar subjek..
aku amek risiko untuk 1st sem ni..
amek lebih subjek..
InsyaAllah aku mampu buat yang terbaik...

Semoga pengajian aku kali ini berjalan dengan lancar...
InsyaAllah
(n_n)
afifah hanim

Monday 5 September 2011

05/09/2011


Hmm, hari ni baru hari ke-7 raya..
malam ni aku dah kena berangkat ke UTM, Skudai...
perjuangan harus diteruskan...
kan.. kan... kan...

03/09/2011 
=> Pagi :
Kak long berangkat ke Sarawak 
=> Petang : 
Adik lelaki ( form 4 ) berangkat ke SM Teknik Terengganu.
=> Malam :
Adik lelaki yang belajar KMP berangkat ke Perlis

05/09/2011
Giliran aku & kembar aku plak...

semua adik beradik dah pergi teruskan perjuangan...
tinggal la adik bongsu ( darjah 5) sorang-sorang kat umah...
adik bongsu => SK Penarek
" jangan nakal-nakal yerk adik 
belajar rajin-rajin..
tahun depan dah nak UPSR" 
(n_n)
afifah hanim

Tuesday 30 August 2011

SaLam AiDiLfiTri...


Aidilfitri menjelma kini
membawa kebahagiaan untuk semua
aku berharap & bermohon
kepada Tuhan Yang Maha Kuasa
agar kita akan sentiasa dirahmati-Nya

**disebabkan aku ni si KEMBAR, aku letak pic upin & ipin ni.. ok..hEe~

Semoga hari mulia ini diraikan dengan penuh gembira

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
(n_n)
afifah hanim

Sunday 28 August 2011

Hari raya hampir tiba...


InsyaAllah,
malam ini adalah terawih yang terakhir pada tahun ini
semoga kita diberi kesempatan lagi bertemu Ramadan akan datang
Amin...

Bulan ini kita akan menyambut Syawal dan hari kemerdekaan
Syukur, Alhamdulillah
kita masih diberi peluang untuk menyambut 
hari mulia yang bakal tiba ini.
(n_n)
afifah hanim

Sunday 21 August 2011

Elakkan Kemalangan...


Hari ni aku ke Bandar Kuala Terengganu..
Ada “DATE” kat sana..
Date la sangat…
Aku p sana ngn abah, my twin & 
adik lelaki aku yang baru balik dari perlis semalam..
Jam jugak la tym nak balik tadi..
hampir-hampir nak raya ni, makin banyak kemalangan yang berlaku..


Masa on the way nak balik rumah, kami sembang pasal kemalangan yang berlaku kelmarin…
Yang aku tahu, ada 2 kemalangan..
Satu dekat kampung aku dan satu lagi dekat kampung "teetttt"..

Kemalangan yang berlaku dekat kampung aku tu 
tak ada aper sangat yang nak diceritakan..
nie aku nak citer kemalangan yang berlaku kat kampung "teettt"..
ade sorang mamat ni bawak moto, tym tu dia tengah khayal ..
Lampu moto dia xnyala.. bawak pulak laju-laju..
Time tu orang baru lepas solat terawih, nak balik rumah…
Aper lagi, berlaku lah satu kejadian yang tidak diingini..
Berlanggar dengan salah seorang hamba Allah yang baru kluar masjid..
Nasib baek la hamba Allah tu tak cedera teruk…

  Aku : bleh plak dia bawak moto xde lampu…
  Adik lelaki aku : nak berjimat la tu…
  Aku : tak der makne nyer…

p/s => Elakkan Kemalangan
(n_n)
afifah hanim

Monday 15 August 2011

Surat dari UTM...



Kelmarin, pagi-pagi lagi aku dah bersiap nak keluar untuk
settle kan sumthing yang agak penting jugak la..
Keluar rumah dalam pukul 7 pagi, kul 4 petang baru balik rumah..

|P|E|N|A|T|

Masuk je bilik, kembar aku bagitahu aku..
“ada surat dari UTM.. kat atas meja tu..”


Ape lagik..bukak la..

JEMPUTAN KE MAJLIS KONVOKESYEN UTM Ke-47,2011

Aku dapat 2 pas masuk dan kembar aku pun dapat 2 pas masuk

So, yang dapat masuk dewan tengok aku dan kembar aku terima ijazah 
=> 4 orang
Untung keluarga aku..hEe~

Syukur Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke tahap ini..
dapat menamatkan pengajian di UTM dalam tempoh yang telah ditetapkan..
ð  Kepada rakan seperjuanganku, selamat ber-KONVO yerk..
(n_n)
 afifah hanim

Saturday 13 August 2011

Ramadan tahun ini (2011)...


Ramadan ni aku takder mud sangat nak meng-update blog..
Sorry yer encik blog..
Tapi yang pasti Ramadan tahun ni sangat bermakna bagi aku..
Dah lama aku tak sambut bulan ramadan dengan family aku dengan sepenuhnya..
Biasa nya bila tiba bulan ramadhan, aku masih dalam pengajian lagi..
Tak boleh nak balik kampung kerap sangat..
|J|A|U|H|
Nak balik untuk dua hari boleh la..
Tapi aku balik jugak w/pun sekejap..
Tapi untuk tahun ni, sekarang cuti semester..
Syukur alhamdulillah..

**crescent

Semoga Ramadhan tahun ni memberikan penghayatan yang lebih bermakna 
untuk seluruh ummat islam di dunia..
Amin
(n_n)
afifah hanim

Sunday 31 July 2011

Marhaban ya Ramadhan...


Ramadhan semakin menghampiri


"Nama saya Sya'baan. 
Saya ingin mengingatkan anda bahawa 
jiran saya, Ramadhan akan datang mengunjungi anda tidak lama lagi 
bersama isterinya Rezeki dan kedua-dua anaknya iaitu Sahur dan Iftaar. 
Mereka akan ditemani oleh ketiga-tiga cucunya iaitu 
Rahmat, Barakah dan Keampunan. 
Mereka akan pulang selepas 30hari dengan menaiki pesawat Eidul Airlines. 
Hargailah mereka dan anda akan mendapat pahala yang berlipat ganda. 
InsyaALLAH."

afifah hanim

Friday 29 July 2011

Semangat yang hilang...


" Pulangkan balik semangat aku ! ! ! "

aku dapat rasakan yang aku down giler sejak setahun dua ni...
susah nya nak kumpul balik semangat yang hilang ni...
ada cara yang berkesan ke...
aku kena tenangkan diri aku sebaik yang mungkin...
muhasabah diri...
aku tahu aku boleh lakukan nya...
InsyaAllah...
afifah hanim

Wednesday 27 July 2011

No Title..


Maaf kan saya jika saya telah melakukan sesuatu 
yang mengecewakan awak suatu ketika dahulu...
semuanya diluar jangkaan saya...
kadang-kadang saya fikir ianya salah awak juga...
saya tahu saya agak dingin sejak -----
namun semuanya dah berakhir...
awak terlalu cepat membuat keputusan...
terfikir juga macam mana nak berdepan dengan awak 
coz kita berada di tempat yang sama...
ianya memang memberi kesan kepada saya...
Terima kasih untuk segalanya
afifah hanim

Sunday 24 July 2011

Kerja atau Sambung Belajar...


Maybe ni last cuti sem untuk aku...
Mana tahu pasni kot-kot ada tawaran kerja 
yang sesuai ngan jiwa aku datang


Hajat dihati nak sambung MASTER memang ada
InsyaAllah kalau ada rezeki, aku akan sambung
tapi memang dalam kepala aku sekarang ni nak belajar lagi
Kita hanya mampu merancang...


Orang kata rezeki ada dimana-mana
Semua nya bergantung pada diri masing-masing
Yang penting niat, usaha dan tawakal
(n_n)
afifah hanim

Saturday 23 July 2011

Setelah Sekian Lama Nyer...



Kalau tak silap aku . . .
Dah setahun lebih aku tak demam
jap.. dua tahun kot..
aku pun tak pasti.. 
Bangun pagi tadi lepas solat subuh ok je..
Beberapa minit pastu rase pening
badan agak panas
" aku demam ke?"
Demam la tu..
So, hari ni aku tak buat apa-apa..
lepas masak apa yang patut, terus naik atas katil..

T | I | D | U | R


Bagun tidur, terus solat..
Pening dah kurang cuma badan je masih panas..
Hmm, esok ok la 2.. InsyaAllah
 (n_n)
afifah hanim

Thursday 14 July 2011

Happy Birthday Dear...



Special for you
 Siti Anum Manaf
13 JULAI

To my dear friend, the birthday girl...
Wishing you health, happiness and love on your special day 
and always have a wonderful birthday
May Allah bless you
May you have a very special birthday filled with 
everything your heart desires
May all your birthday wishes and your dreams come true


Anum . . . 
the story we talk
the guys we stalk
the gossip we spill
the way we shop
the looks that could kill
we'll stay together
coz we are best friends forever
(n_n)
afifah hanim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...