Thursday 30 June 2011

Ais krim...


Hari ni aku dapat panggilan lagi dari dua company..
satu panggilan dari KL dan satu lagi dari KB..
ni semua pasal kerja..
tapi entri kali ni aku bukan nak citer pasal kerja ni..

|A|I|S| |K|R|I|M|

Semalam aku buat ais krim..
ais krim coklat..
so, kat sini aku nak share sikit pasal ni
ni resepi dier:
2 cawan susu berperisa (suka hati la coklat,vanila,dll)
2 cawan coffemate
1 sudu gula (gula ni tak payah letak pun tak apa sebab susu dah manis dah)


cara-cara:
1)Campurkan bahan-bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih. 
2) Tuangkan ke dalam bekas dan sejukkan sehingga separuh beku.
3) Selepas itu masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi.

4) Sejukkan sehingga beku. Siap utk dihidangkan.

5) Sebelum dihidangkan, hias la sikit untuk nampak lebih menyelerakan..




cuba la sendiri kalau nak tahu sedap ke tak..
bagi aku => SEDAP
(n_n)
afifah hanim

Friday 17 June 2011

Buat kaum HAWA yang dikasihi...



Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah ada dua pilihan terbentang

PERTAMA


kamu jadi seperti KELAPA...
mudah diperoleh..
diparut...diperah..
dan diambil santannya...
lepas itu hampasnya dibuang...

KEDUA


Kamu menjadi sebutir MUTIARA..
berada di dasar lautan...
tersimpan rapi..
dilindungi kulit...
bukan senang nak lihat..
apa lagi mendapatkannya..
hanya orang yang bertuah ...
berusaha menyelami dasar lautan...
dapat memperolehnya..
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya..

Sama ada hendak menjadi KELAPA ataupun MUTIARA

di sebalik SANTAN..
menjadi penyedap makanan..
diperah segala kenikmatan..
dengan mudah jatuh menjadi titisan..
akhirnya habis kari dimakan..
pulut panggang sisi habis ditelan..
dan SANTAN hilang tak jadi ingatan..
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa SANTAN..

MUTIARA...
tertanam di dasar paling dalam...
sukar andai mengharap jadi perhatian..
kerana MUTIARA dilindungi oleh cengkerang yang menghadangnya dari ancaman musuh
namun kiranya ditemui insan..
akan menjadi PERMATA HIASAN..
terletak tinggi di cincin idaman..
atau di leher nan jinjang..
atau di lengan menawan..
makin lama MUTIARA tertanam..
makin tinggi nilainya..

Menjadi SANTAN..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan...
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi MUTIARA..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis rupawan..
hilang ia..
tangisan mengiringi zaman..

Sama-sama kita renungkan..
(n_n)
**source from facebook**
afifah hanim

Tuesday 7 June 2011

SeLaMaT TinGGaL...


Zizan & Dina

Selamat tinggal kawanku

Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang

Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini



Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan


Kau tetap pergi apakan daya

Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku

Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku

Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi

Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini

Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)

Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku (usah pergi)

Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal


Lagu ni agak sedih
Zizan raja lawak semakin aktif dalam bidang hiburan
=> pelawak, pelakon dan penyanyi
afifah hanim

Thursday 2 June 2011

BoLa o0O BoLa ...


Liga Super Malaysia
Isnin, 06/06/2011
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu

Piala FA (akhir)
11/06/2011
Stadium Nasional Bukit Jalil

~ Ganu vs Kelate ~

Aku tak ler fanatik sangat sal bola sepak ni..
tapi sesekali tengok jugak

 Seperti yang aku kaler kan purple kat atas tu, 
peteh ganu peteh
vs
gomo kelate gomo



Well, disebabkan aku anak kelahiran Terengganu 
mesti ler aku sokong Terengganu
tak gitu???
tapi kadang-kadang aku suka gak tengok team kelantan ni main
maybe ade darah kelantan dalam tubuh aku ni.. haha~

By the way
kat sini aku tak nak bagitau la aku sokong team yang mana satu
|S|E|C|R|E|T|

TERENGGANU
KELANTAN
good luck
menang, kalah adat permainan
jangan gadoh-gadoh yerk
kita kan jiran
Peace, No War
(n_n)
afifah hanim

Wednesday 1 June 2011

Televisyen Tiga Dimensi (3D)


Bila dah penat jenjalan . . .
"duk rumah la pulak..tak penat ke merayau jerk"
~ tak penat pun ~
Ok larh, hari ni seharian aku duk rumah
shayer kebosanan neh
nak tengok TV tak dapat
sebab TV meragam dah beberapa hari dah

"Petang ni TV baru sampai"-(abah)
TV 3D


Pasni kompem aku online sebulan sekali jerk
erk, leh caye ke..
kiter tengok je la
tak der nyer sampai sebulan
esok lusa mesti online balik ler..
hUu~

Tapi sebenarnya TV 3D ni agak berbahaya jugak la
Sila baca kat bawah ni yerk
Jakarta - 
Seiring makin popularnya TV 3D, Samsung memperingatkan wanita hamil, orang mabuk dan yang kurang tidur dilarang menonton, karana akan mengalami disorientasi. Perusahaan ini juga menyatakan orang yang berisiko terkena serangan stroke atau serangan epilepsi harus berkonsultasi dengan profesional kesihatan sebelum menonton TV tiga dimensi. klik disini

so,jangan asyik sangat duk mengadap TV tue yer.. 
(n_n)
afifah hanim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...